Sunday 8 January 2012

Kelebihan Menunaikan Haji  

 Antara kelebihan menunaikan haji adalah seperti berikut:

(i)
      Mendapat Ganjaran Haji Mabrur.
  • Orang yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrur. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:  
"Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak balasan bagi haji mabrur melainkan syurga". (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

(ii)      Jihad Yang Paling Utama.
  • Mengerjakan haji merupakan jihad yang paling utama bagi menundukkan nafsu. Pahalanya sangat besar di sisi Allah swt sebagaimana yang terdapat dalam hadis berikut yang bermaksud:
"Daripada Aishah r.a katanya: Aku bertanya, Wahai Rasulullah saw, kami berpendapat jihad adalah amalan yang paling utama, mengapakah kami tidak diberi peluang berjihad? Jawab baginda Rasulullah saw. Bagi kamu terdapat jihad yang lebih utama (bagi menundukkan hawa nafsu) iaitu haji mabrur". (Riwayat al-Nasa’iy) 

(iii)      Bersih Seperti Bayi Yang Baru Dilahirkan
  • Orang yang mengerjakan haji tanpa cacat cela serta mengikut segala syarat, rukun, wajib dan adab haji, akan bersih dari segala dosanya sama seperti bayi yang baru dilahirkan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 
"Sesiapa mengerjakan haji dan tidak melakukan rafath (iaitu larangan bercampur dengan isteri termasuk juga segala yang menimbulkan nafsu berahi, sama ada dengan perbuatan atau perkataan) dan fusuq (iaitu larangan maksiat pula termasuk segala yang dilarang dalam masa mengerjakan Haji seperti berburu dan lain-lainnya) keadaan dirinya bersih seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya". (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

(iv)      Menjadi Tetamu Agong Kepada Allah swt.
  • Orang yang mengerjakan haji di Tanah Suci merupakan tetamu Agong kepada Allah swt dan mendapat kemuliaan daripada-Nya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah swt, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah swt ampunkan mereka". (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah)  

(v)      Didoakan Keampunan Oleh Rasulullah saw
  • Rasulullah saw mendoakan keampunan dosa bagi mereka yang mengerjakan haji, sebagaimana doa Rasulullah saw:
"Ya Allah, ampunnilah (dosa-dosa) orang yang menunaikan haji dan (dosa-dosa) orang yang di pohon oleh orang yang mengerjakan haji". (Riwayat al- Baihaqi) 

( copy from enternet for assignment tq )

No comments:

Post a Comment